Memuatkan...
SF LORRY / LOG MASUK

Log masuk ke SF Lorry

Pilih akaun anda untuk teruskan

Shipper Urus penghantaran, tempahan dan kemas kini penghantaran anda. Teruskan sebagai Shipper Transporter Cari tugasan, urus armada dan pantau penghantaran anda. Teruskan sebagai Transporter
Akses portal operasi ditentukan oleh kebenaran akaun anda.

Marketing Assistant

1 Buka Jawatan Kosong Updated Apr 14, 2026
Marketing Assistant


Deskripsi Kerja

  • Membangunkan pangkalan data terperinci bagi pelanggan baharu yang berpotensi serta meningkatkan jualan melalui pengenalpastian dan pembangunan pelanggan baharu
  • Merancang dan mengemukakan idea serta strategi pemasaran, serta menyediakan dan mengurus kandungan kreatif
  • Bertanggungjawab dalam perancangan, penghasilan konsep dan produksi video pendek berkaitan syarikat
  • Mengedit video, menghasilkan bahan reka bentuk dan grafik bergerak (motion graphics), serta menulis kandungan untuk tujuan pemasaran dan promosi secara berkala
  • Menjana leads untuk menyokong keseluruhan saluran Marketing dan E-commerce melalui kempen digital yang efektif, kreatif dan menarik bagi meningkatkan jualan serta penglibatan pengguna
  • Melaporkan dan menganalisis prestasi pengiklanan serta menambah baik arah strategi promosi syarikat
  • Menyediakan jadual tahunan bagi aktiviti promosi
  • Bertanggungjawab mengurus dan berhubung dengan pihak ketiga bagi aktiviti kerjasama perniagaan
  • Melaksanakan kajian kepuasan pelanggan serta mengumpul maklum balas / aduan untuk memahami keperluan dan pandangan pelanggan
  • Mahir mengurus media sosial seperti penulisan kandungan, Facebook Ads, Instagram Ads, posting dan penghasilan kandungan
  • Bekerjasama dan membantu dalam pembangunan aplikasi (fungsi / ciri) bagi menarik lebih ramai pelanggan
  • Bekerjasama dengan Jabatan Operasi dalam perancangan pemasaran untuk mencapai sasaran jualan dan objektif syarikat
  • Melaksanakan tugasan tambahan (ad-hoc) yang diarahkan oleh pihak atasan


Keperluan

  • Mempunyai Ijazah/Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan, Pemasaran atau bidang berkaitan
  • Kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang baik serta kebolehan membuat pembentangan
  • Seorang yang bermotivasi tinggi, bertanggungjawab, kreatif, berfikiran matang dan berperwatakan ceria
  • Mampu bekerja secara berdikari serta mempunyai inisiatif untuk mengembangkan dan menjana perniagaan


KENAPA MEMILIH  SF ?


EPF, SOCSO, EIS


Cuti Perubatan & Tuntutan,
Cuti Tahunan

Pakaian Seragam, Latihan


Peluang Perkembangan Kerjaya